Sunday, 8 February 2015

Air mineral atau RO atau air masak yang bagus?

Hai friends!

Happy Tuesday :)

Saya dekat opis selalu minum air dekat water dispenser tu je. Normally air situ air  reverse osmosis (RO). Selama beberapa bulan jugak laa minum. Yang saya perasan, kalau minum air tu, sakit tekak. Badan tak sedap, padahal minum banyak. Yerla kita bajet elok la minum air kosong banyak, tapi tidak untuk air RO.

Jadi, saya harini beli air mineral 1.5L bawak pi opis. Sebenarnya dah tahu air water dispenser memang tak elok tapi degil minum jugak. Pastu bising sebab sakit tekak, sakit kepala bagai.



Ini antara keburukan air RO:
  1. Tidak mengandungi sebarang zat
    Air RO ni air mati. Memang bebas kuman tapi tak membawa sebarang manfaat kalau minum. Kita kena minum air berzat.
  2. Tidak mengandungi elektrolit mineral which is sangat bahaya.
    Kenapa bahaya? Kerana ia cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk dalam badan kita. Radikal bebas ni merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya kat dunia ni. Radikal bebas ni akan berfungsi di mana sahaja air RO tu berada. Let say otak, hati, jantung, buah pinggang! Oh man.. bahaya sangat ni!
  3. Melemahkan sistem imun badan
    Air RO yang kosong takda zat ni, bila masuk dalam badan kita, dia akan menyerap zat-zat yang ada dalam badan kita! Oh.. patutlah tak sedap badan minum air ni T_T. Sama macam gula yang takda zat, bila dia masuk je dalam badan kita, dia menyerap zat-zat badan.
  4. Tidak ada mineral
    Mineral ni penting untuk badan kita. Sebab itu air yang dijadikan di gunung, bawah tanah mengandungi mineral. Tapi dunia sekarang dah tercemar, maka takungan air mineral ni hanya ada 5 tempat sahaja di dunia! Sebab tu air RO tidak dilabel sebagai mineral, ianya dilabel sebagai air minuman dekat kedai-kedai. Sumbernya terhad dan sangat berharga. 

zaman sekarang smua rumah sudah ada penapis air. cuba type bioevolve. itu antara satu pnapis air yang sangat hebat. apa pun jagalah kesihatan ya. thx sebab sudi membsca sampai habis :) 

No comments:

Post a Comment