Thursday, 15 January 2015

CARA NAK CANTIKKAN BLOG?

assalamualaikum

disebabkan ramai asyik nak cantikkan blog haaaaa bawah ni ada link.

so korang pun nak jugak sab yang design kan?

klik sini

boleh tengok charge
boleh tengok portfolio

nak macam mana..cakap je..sab akan buat sampai korang puas hati!

ada yang sy tak suruh tapi sab buat and sy buka2..senyum lebar ha hahaha

ok lah harap blog korang pun akan cntik macam blog dia lepas ni..wink wink



blog sab cantik gila kan????????

Tuesday, 13 January 2015

MATLAMAT ASAS BERNIAGA

Apakah matlamat asas berniaga? - Azizan Osman

Saya ditanya soalan ini dan saya percaya ramai yang pernah hadir mana-mana sesi Klinik Usahawan saya samada berbayar atau percuma akan tahu jawapan saya.

Matlamat asas berniaga adalah bagaimana kita boleh berikan penyelesaian menggunakan produk atau perkhidmatan kepada masalah tertentu yang dihadapi oleh potensi pelanggan kita.

Kunci kenapa perniagaan wujud adalah kerana adanya MASALAH dan di mana ada masalah, di situ ada Peluang bagi yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Contoh, jika anda pandai membaiki tayar kereta, anda sebenarnya mampu menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi masalah dengan tayar kereta. Masalah di dalam bisnes ramai mereka yang berniaga terutamanya mereka yang tidak buat duit adalah apa? Orang tidak tahu yang mereka wujud dan mampu menyelesaikan masalah mereka. Orang tidak tahu yang anda mampu memperbaiki tayar kereta mereka.

Jadi secara teknikalnya perniagaan wujud kerana ada masalah, tetapi tujuan kita menjadi penyelesai masalah tersebut adalah untuk apa? Adakah sekadar seronok mahu menyelesaikan masalah orang lain seperti Superman dan Spiderman? Pastinya tidak, matlamat asas dan fundamental kenapa kita mahu berniaga serta menjadi penyelesai masalah tersebut adalah kerana kita boleh dibayar atau buat duit.

Ya! Buat duit adalah matlamat penting di dalam bisnes. Apalah ertinya kita berniaga tetapi tidak buat duit? Itu namanya Kebajikan Masyarakat. Baik kita wujudkan yayasan dan bukan perniagaan.
Bagaimana kita berikan produk atau perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah tertentu yang dihadapi oleh mereka yang ada masalah tersebut dan kita dibayar.

Jika anda ingin berniaga, jangan fokus tentang BERNIAGA tersebut kerana persepsi ramai orang, berniaga mesti ada pra-syarat iaitu mesti ada modal mesti ada kedai atau lagi power ada Wisma terus, mesti ada pekerja yang ramai, mesti ada pengangkutan sendiri dan macam-macam mesti yang karut tapi berniaganya belum mula lagi?

Perkara penting untuk mula berniaga adalah belajar buat duit. Ya! Buat duit. Kita cari apa produk atau perkhidmatan yang kita ada atau kita tengok apa masalah yang orang ada yang kita boleh selesaikan atau dapatkan orang selesaikan dan kemudian kita selesaikan dan dibayar. Buat duit ada banyak cara. Mempromosikan produk atau perkhidmatan sendiri atau orang lain di Facebook adalah salah satu cara buat duit. Bawa produk ke pejabat untuk berkongsi dengan orang lain adala cara buat duit. Tolong gunting rambut orang selepas waktu pejabat adalah cara buat duit. Tolong ajar anak jiran tuisyen adalah contoh buat duit. Tolong picit tapak kaki refleksologi di hujung minggu adalah cara buat duit. Tolong masakkan makanan yang ditempah oleh jiran yang sibuk bekerja dan malas masak adalah cara buat duit. Pendek cerita belajar fokus dengan aktivit "buat duit" dan menguntungkan.

Ramai yang baru nak berniaga atau yang sudah lama berniaga kadang-kadang "lari fokus" dengan sibuk mahu banyakkan Like di Facebook, sibuk mencantikkan laman web, sibuk mengkaji produk apa yang mahu dicipta untuk dijual tetapi akhirnya tidak mulakan pun aktiviti asas iaitu "buat duit" sehingga semua duit habis untuk "mengkaji" tetapi bukan buat lebih banyak duit tetapi sibuk proses lain yang tidak mendatangkan duit.

Anda tidak perlukan staf yang ramai, akauntan negara, pengurus besar untuk mulakan aktiviti "buat duit" dan memulakan perniagaan mikro Tolong baiki basikal dan tayar basikal dikawasan perumahan anda pun mungkin boleh jadi aktiviti permulaan buat duit yang menguntungkan. Basuh kereta orang juga adalah satu lagi aktiviti buat duit yang mudah.

Pendek kata, jika anda mahu mula berniaga, kenalpasti masalah orang, selesaikan masalah mereka dan buat duit. Tidak semestinya produk sendiri. Apa yang penting? Buat duit.... Orang yang biasa buat RM10 akan tahu buat RM100. Orang yang telah biasa buat RM100 akan tahu buat RM1,000 dan begitulah seterusnya ke RM1 juta tidak lama. Kunci asasnya adalah fokus buat duit dan aktiviti yang boleh buat duit. Sebab itu saya selalu tekankan tentang betapa pentingnya pemasaran. Jika anda pandai pemasaran, apa sahaja pun anda akan tahu pasarkan dan buat duit, tapi jika anda tidak reti pemasaran, betapa bagusnya produk anda sekalipun, belum tentu anda tahu pasarkan dan buat duit.

Nasihat saya adalah, belajar buat duit dari kecil-kecilan dan kemudian tambah ilmu pemasaran untuk tingkatkan lagi nanti bisnes anda. Sekiranya anda tahu buat duit hanya untung RM50 sehari secara sambilan, anda sebenarnya telah buat RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun. Jika anda pandai gandakannya dengan strategi pemasaran yang betul, anda sebenarnya mampu buat RM100 sehari, RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun. Tapi, itu sebenarnya "nothing" kata orang putih, kerana jika anda belajar buat duit dan luaskan ilmu buat duit anda dengan strategi serta taktik pemasaran yang betul, keuntungan RM500-RM1,000 sehari adalah satu perkara yang mudah. Jika sebulan adalah antara RM15,000 -RM30,000 sebulan atau RM180,000-RM360,000 setahun.

Mungkin tak banyak bagi segelintir mereka yang telah biasa berpendapatan begitu, tetapi berapa orang sahaja yang boleh ada gaji antara RM180,000-RM300,000 setahun? Kerja apa? Biasanya professional atau jawatan yang tinggi di syarikat yang besar. Tetapi, berniaga dan buat duit dengan strategi yang betul sebenarnya mampu buat anda capai keuntungan begini tanpa perlu modal yang besar, tanpa perlu pejabat sebesar Wisma Yakin atau perlukan segala-bagai staf sebelum capai begini. Ianya telah berlaku kepada ramai "anak murid tua", peserta-peserta program kami yang bertindak mengikut ilmu, formula dan pengalaman yang dikongsikan samada di seminar percuma apatah lagi seminar lanjutan.

Hari ini, "buat duit" sangat mudah. Salah seorang orang berniaga yang saya kenal di Johor Bahru yang dulunya bekerja dengan gaji tidak sampai RM2,000 sebulan, tetapi selepas faham prinsip belajar "buat duit", beliau mula berniaga cuci kereta secara sampingan selepas waktu pejabat dan hujung minggu untuk "test market" dikawasan perumahan rumahnya. Beliau cuci rumah ke rumah untuk beberapa bulan pertama hingga akhirnya berhenti kerja kerana pendapatan cuci kereta tersebut dapat memberi pendapatan :-

6 bulan pertama : 1 hari cuci 10 biji kereta, RM10 sebiji x 10 = RM100. RM100x6=RM600 seminggu dan RM600 x 4 minggu (sebulan)= RM2,400 sebulan.

Kemudian tawarkan untuk orang bayar secara pakej, RM50 sebulan dan setiap kereta dicuci 8 kali contohnya di dalam masa sebulan. Beliau hanya perlukan 100 kereta yang bersedia tempah pakej dan bayar "in advance" kepada beliau dan beliau dapat RM5,000 sebulan. Itu belum campur mereka yang ingin "polish" kereta dan bayarannya lebih tinggi. Beliau "buat duit" dari "tempahan" rumah ke rumah" kawasan perumahannya dengan jumlah bersih lebih RM10,000 sebulan.

Anda tahu apa jadi dengan dia selepas 6 bulan, beliau berhenti kerja dan beliau berjaya kumpul duit dan sewa tapak cuci kereta di stesyen petrol berdekatan rumahnya. Dan beliau juga ada pekerja yang cuci kereta rumah ke rumah untuknya. Jumlah keuntungannya berniaga kecil-kecilan ini mendapat keuntungan lebih RM120,000 pada tahun pertama.

Memanglah mula-mula penat untuk cuci kereta segala-bagai, memanglah memalukan jika ahli keluarga tengok engkau tu "lawyer", penat-penat belajar tapi berniaga cuci kereta, itulah ikut lagi cakap "budak gemok" yang buat seminar tu.....

Well, cuba fikir, jika dia bekerja bertahun-tahun dan gajinya baru RM2,000 sebulan tetapi bila mula berniaga kecil-kecilan dengan mulakan secara sampingan dan mampu dapat RM5,000 sebulan, dan kemudian RM10,000 sebulan, bukankah dia berpotensi mendapat RM50,000 sebulan bila dia buka 5 pusat cuci kereta nanti? Beliau masih boleh kerja jika sayang sangat kerja dia sebagai peguam. RM50,000 sebulan bermakna setahun adalah RM600,000 setahun. Berapa kerat sahajalah jiran rumah kita yang buat RM600,000 setahun jika tidak berniaga? Dapat tk agaknya anda beri zakat atau sedekah lebih sedikit, dapat bawa mak ayah pergi umrah setiap tahun? Dapat kualiti hidup baik sedikit? Memanglah belum jutawan, tetapi Insya-Allah jika anda susunatur perniagaan ini dengan baik dan belajar pula bagaimana melaburkannya di dalam bidang hartanah dengan betul, Insya-Allah dalam masa 5-10 tahun, anda akan ada aset bernilai beberapa juta RM juga.

Semua ini banyak berlaku di dalam kelompok mereka yang berniaga bermula dari mikrobisnes atau kecil-kecilan. Masalahnya ialah mereka tidak akan suka-suka nak beritahu orang lain berapa pendapatan mereka dan bagaimana mereka buat duit. Lagipun kalau cakap pun, bukan semua orang nak tahu atau percaya. Dan persepsi ramai yang saya kenalpasti, mereka cakap berniaga kecil-kecilan macam tu, tak glamor, tak dapat pakai tali leher atau pakai baju batik pada hari tertentu. Padahal apa guna kerja glamor pada nama tapi banyak masalah kewangan, hutang kad kredit dan kereta berlambak, tidak ada kebebasan masa, pendapatan terhad dan tidak ada simpanan?

Kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan dimasa depan. Saya berkongsi ini sebab saya dibesarkan dengan arwah ayah dulu kerja juruteknik di jabatan kerajaan dan mak saya bekas guru. Hidup kami tidak senang tetapi saya ada impian untuk memperbaiki hidup keluarga kami. Kegagalan saya dahulu telah banyak menjadi pengalaman kepada saya untuk membina beberapa buah perniagaan saya. Syarikat agensi pengiklanan saya merupakan syarikat akreditasi pengiklanan dan perunding strategi pengiklanan dan pemasaran untuk lebih 1,000 pelanggan korporat dan usahawan setiap tahun. Dan saya telah terlibat di dalam bidang ini sejak 2001. Dan 15 buah syarikat lain di dalam pelbagai industri termasuk pelaburan hartanah. Anda rasa saya mula di mana? Saya mula dari kecil-kecilan.

Saya rasa anak bangsa saya tidak perlu ulang kesilapan saya di dalam membina perniagaan. Dan saya rasa, semua pelajar universiti, lupakanlah hasrat untuk bekerja dengan orang lain, ini zaman teknologi dan anda boleh buat duit hatta ketika belajar lagi. Salah seorang peserta program saya yang saya jumpa baru-baru ini adalah seorwng suri-rumah dan pendapatan beliau dengan berniaga menggunakan strategi pemasaran yang kami kongsikan telah mencecah RM130,000 sebulan.

Untuk mulakan semua ini, anda hanya perlukan sedikit ilmu dan bertindak dengannya. Saya cadangkan anda mulakan dengan hadir sesi-sesi seminar atau klinik usahawan yang Richworks anjurkan secara percuma yang saya berikan kepada anda yang serius mahukan ilmu membina perniagaan dan kewangan. Contohnya Seminar Revolusi Fesbuk Power dan Seminar Wang Power, anda boleh mendaftar dan hadir percuma diFesbukPower.com dan WangPower.com. Atau jika anda bersedia untuk melabur duit untuk dapatkan ilmu perniagaan dan pemasaran yang lebih komprehensif, anda boleh mendaftar untuk program Advanced Marketing Power pada 10-12 Mei 2013 nanti, cuma program ini agak mahal dan saya tidak rasa ramai yang mampu.

Saya harap anda belajar sesuatu dari sharing saya kali ini dan jika rasa ia panjang sangat, saya tidak suruh atau paksa anda baca pun. Jika bagus, anda ambil sebagai panduan, jika tidak, then tak payah ambil.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk sebarang program latihan dan seminar kami, anda boleh hubungi 019/013-2442244/019-2442400.
Bukan semua orang percaya dan komited yang hidup mereka boleh diperbaiki, ramai orang lebih rela percaya yang mereka telah ditakdirkan hidup miskin atau "biasa-biasa" dan Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.
Saya doakan anda lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkatiNya.
Saya tidak menjual seminar tetapi saya berkongsi formula bagaimana untuk memperbaiki kewangan anda bagi mencapai impian kejayaan dunia dan mudah-mudahan akhirat Insya-Allah.
- AzizanOsman -
P/S Samada kita berniaga atau bekerja, niatkan juga untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Mana datangnya redha Allah swt jika kita sedang bekerja tapi main facebook guna masa bekerja kita serta guna komputer serta internet majikan kita tetapi kutuk majikan kita?

Sunday, 11 January 2015

Anda baru sahaja habis study?habis2 je da ada hutang belas2 or puluh ribu.hehe... sekarang giliran untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk membayar balik pinjaman PTPTN waktu belajar dulu....

Sebenarnya senang je nak bayar PTPTN... Ada banyak cara... anda boleh klik sini ... untuk mengetahui kaedah -kaedah lain membayar PTPTN...

Tapi bagi yang malas nak beratur dekat kaunter BSN.. Pejabat POS.. baiklah bayar online..

 Disini saya cadangkan untuk bayar menggunakan CIMB CLICKS...  Ikut langkah-langkah dibawah...!

Hanya 10 Langkah... tak perlu beratur !!


  

Langkah 1 : Mestilah ada akaun CIMB dan register online CIMB Clicks terlebih dahulu..dan duit
                   dalam akaun kenalah melebihi RM1.

Langkah 2  : Call nombor Hot line PTPTN yang tertera..& dapatkan NOMBOR SURAT TAWARAN PTPTN anda.



Langkah 3 : Login nama anda dalam CIMB CLICKS...

 




Langkah 4 : Klik pada 'Bill Payment'



Langkah 5 :  Select Akaun anda.





Langkah 6 :  Select pada Full Payee List.. pilih 'education'.




Langkah 7 :  Pilihlah PTPTN!








Langkah 8 :  Masukkan No ICnombor Surat Tawaran dan Jumlah RM yang hendak anda bayar.(kalau tak tau 
                   nombor surat tawaran boleh call service center PTPTN untuk dapatkan nombor tersebut)
                   HOTLINE PTPTN03-2080 4455





Langkah 9 :  Klik 'Proceed to Payment'




Langkah 10 : Klik 'TAC on SMS' untuk kod pengesahan dari telefon bimbit anda.. Masukkan di
                    Transaction Code..dan Klik Confirm!..... 



Dan kini anda telah berjaya membayar HUTANG PTPTN anda......!!!!

Caj yang dikenakan hanyalah 50 sen.... Kalau dekat kaunter BSN kena caj RM1.. dah la nak kena beratur lagi kan? Jadi gunakanlah kemudahan yang ada

Selamat Mencuba...

Terima Kaseh CIMB Clicks.... :D

Friday, 9 January 2015

“Add To Interest” Supaya Terima Updates

Semenjak Facebookmemperkenalkan ruang pengiklanan di bahagian homepage, kini status update dari fanpage sudah jarang-jarang keluar di muka depan Facebook fans kita.
Ini kerana, status update tidak berbayar tidak diberi keutamaan lagi oleh Facebook.
Untuk terus muncul di ruang news feed atau wall fans anda, semuanya menjadi sukar pada masa hadapan. Pendek kata, NO MENEY, NO TALK.
Buat masa ini, untuk memastikan supaya fans kita tidak terlepas status update dari kita (fanpage), mereka mestilah add to interest lists. Itu penting.
facebook add to interest list
Jujurnya, saya tidak berapa setuju dengan cara Facebook memaksimakan keuntungannya dengan meletakkan iklan merata-rata sangat. Facebook kan dah kaya dah. Ruang sidebar, header atau footer tu lagi banyak dan luas dibandingkan dengan ruang wall kita. Tolonglah jangan penuhkan ruangan wall dengan iklan, kasihan kami pengguna Facebook dan juga adminFanpage.
Ingatkah anda sebab utama ramai dikalangan kita berhenti menggunakan Friendster dan MySpace? Jangan hairan jika perkara sama berlaku kepada Facebook dan kita kemudian berpindah ke LinkedIn ;)

Wednesday, 7 January 2015

Cara Jual Barang di Facebook dan Buat Bisnes Hura Hara

Sekarang ni memang dah jadi trend di kalangan orang Malaysia menggunakan Facebook untuk jual barang. Hakikatnya Facebook bukanlah e-commerce store, tapi rata-rata di wall Facebook kita dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan yang kadang-kadang boleh sakit mata. Lagi sakit mata bila ada friend kita yang update iklan 10 kali sehari, atau selang 30 minit. Itu spam sebenarnya. Pengiklanan macam tu lah yang rata-rata penjual di Facebook duk buat. Promosi yang tidak bijak, saya sendiri dah remove ramai senarai rakan Facebook kerana tidak tahan dengan update iklan melampau-lampau.
Cara berniaga di FacebookFacebook ialah tempat bersosial. Macam kedai kopi, anda pergi kedai kopi untuk lepak dengan kawan-kawan dan makan. Jika atas meja tu kebetulan ada pisang, kueh mueh, kek, lidah kucingmacarons dan sebagainya… anda makan jika anda terliur. Niat sebenar ke kedai kopi tadi bukan nak makan kueh mueh tadi pun. Tapi jika penjual duk tenyeh makanan sebegitu ke mulut anda, sah-sah anda tak pergi lagi ke kedai tu kan? Di sini, anda perlu bijak dalam menukar mereka yang masuk ke kedai makan untuk minum kopi sambil lepak dengan kawan, kepada mereka yang nak makan besar. Atau, tukar orang yang masuk ke Facebook untuk chat atau lihat update rakan mereka, tukar supaya mereka teruja dengan update produk anda.
Anda kena pandai buat umpan, bukan sekadar update status bergambar dan letakkan harga sahaja. Kena ada teknik dan skill supaya orang yang lihat update anda > klik iklan anda. Skill macam nilah buatkan friends tidak cemuh dengan iklan anda. Iklan yang mampu membuat orang teruja nak beli produk anda.
Macam mana? Itu kena belajar dan dapatkan nasihat niaga dari yang pakar lah.

Facebook Marketplace

Sebenarnya Facebook adaFacebook Marketplace yang berfungsi seperti Mudah.My di mana pengguna menyenaraikan barang untuk dijual. Tapi orang Malaysia tak boleh guna kerana ia lebih khusus untuk akaun Facebook dari Amerika Syarikat. Lagipun, pada pandangan saya, antaramuka (interface) Facebook Marketplace tidaklah begitu mesra pengguna. Overall memang susah lah nak buat duitdengan menjual di situ. Cari alternatif lain jika nak berniaga di Facebook.

Guna Facebook Advertisement (FB ads)

Ini memang cara yang majoriti peniaga bijak guna. Langkah ini sangat berkesan untuk jual barang di Facebook. Iklan anda akan keluar bergantung kepada bagaimana anda optimize iklan tersebut. Contohnya, jika anda jual jubah atau abaya, setkan target iklan kepada golongan wanita dan muslim sahaja. Jika pasaran anda hanya untuk orang Malaysia, set demographic kepada Malaysia sahaja. Dengan ini, iklan anda akan lebih senang sampai kepada target market anda. Maka, tidaklah iklan jubah atau abaya keluar di wall lelaki, bukan muslim dan seumpamanya.
TAPI, beriklan menggunakan Facebook Ads memerlukan duit, ia tidak percuma seperti kita pos secara biasa di wall Facebook. Pembayaran pula mudah je, kalau anda ada kad bank seperti kad debit atau kredit berlogo visa dan seumpamanya, bermaksud anda boleh beriklan di Facebook.
Kos iklan pula bergantung kepada kepandaian anda. Yang ni kena belajar, anda kena pandai set iklan jadi kos pengiklanan anda boleh dikurangkan sehingga RM0.01 sen berbanding kos bid biasa yang mungkin kadarnya lebih mahal. Nak tahu teknik-teknik iklan di Facebook, anda kena dapatkan Nasihat Niaga.
Saya jamin, bila anda dah pandai guna Facebook ads ni, bisnes anda akan jadi huru hara. Anda mungkin perlu berhenti kerja (kalau buat bisnes sambilan), atau kena cari pekerja, atau kena tambah pekerja.

Guna Facebook E-Commerce Apps

Sepertimana WordPress ada sistem e-commerce menggunakan Woocommece, atau Magenta sebagai platform perniagaan, Facebook juga boleh menggunakan sistem e-commerce di Fanpage. Anda cuma kena dapatkan applikasi e-commerce kemudian install di Fanpage anda. Sama sepertiwebsite e-commerce lain (contohnya Telekung Online),cuma Facebook E-Commerce Apps ni dipasang di Fanpage.
Setakat ini dahulu perkongsian saya tentang nasihat niaga di Facebook. InsyaAllah, ada luang masa saya akan tulis dalam ruangan yang lain. Untuk penerangan panjang lebar dan tip-tip rahsia dari otai internet marketer di Facebook, saya sarankan anda baca panduan yang ditulis oleh Faisal Abdullah. Sudah tentu anda akan dapat belajar dengan banyak dari beliau.

Monday, 5 January 2015

Cara Ambil Gambar Untuk Jual Barang di Internet

Haa, kali ni saya kongsikan tipcara ambil gambar untuk jual barang di internet. Ini penting sangat-sangat bagi sesiapa yang nak berniaga online. Tak kiralah buat bisnes teddy bear ke, winter clothes online store ke, telekung online store ke, bisnes tudung online ke. Asalkan bisnes anda memang bisnes online yang jual barang. Apa yang anda kena tahu tentang gambar yang anda nak tontonkan kepada bakal pembeli?
Dalam bisnes internet, perkara paling penting ialah kita present barang yang dijual sebaik mungkin kepada pelanggan. Berbeza dengan kedai sebenar (seperti supermarket dan seumpamanya) di mana pelanggan boleh belek, cuba pakai, sentuh dan teliti. Di kedai online, pelanggan hanya dapat lihat sahaja. Hanya dapat lihat.
Jadi, melalui gambar sahajalah anda dapat tunjukkan sebagus mana produk yang anda jual. Saya buat contoh jual tudung onlinedalam kes ini.
Background gelap bagi barangan berwarna cerah
Ini bagi menyerlahkan lagi barangan yang dijual. Sebaliknya, jika barangan anda jual tu berwarna gelap, gunakan background cerah. Background ni anda boleh buat sendiri kat rumah. Sediakan satu wall yang dicat hitam dan dicat putih. Atau, gantungkan kain langsir berwarna hitam di dinding. Kos begini tak mahal pun
winter clothes for men malaysia
Jangan ada gangguan objek lain dalam gambar
Adalah sangat tak patut, jika anda ambil gambar dengan latar belakang bercorak-corak. Contohnya ambil gambar atas tikar getah. Langsung tak professional.
Pasang lampu cukup-cukup
Sebolehnya lampu putih. Lampu kuning sudah tentu akan mengurangkan kualiti gambar.
Guna kamera berkualiti
Sekarang ini, kamera handphone pun sudah boleh ambil gambar yang bagus. Contohnya Iphone, Sony Xperia Z dan seumpamanya. Ada cuma perlukan sedikit latihan dan kena belajar ambil gambar sahaja. Sekali snap tu, snap la berkali-kali. So bila imej dipindahkan ke dalam komputer, anda boleh pilih gambar yang terbaik untuk diupload. Gambar jangan blur tau.
Guna tripod
Sesetengah orang akan rasa menggeletar dan tangannya tidak stabil semasa memegang kamera. Akibatnya, gambar jadi blurr. Lagipun, dengan penggunaan tripod, gambar yang diambil akan kekal konsisten dari segi jarak dan alignment. Kekalkan jarak tertentu tripod bagi setiap produk. Contohnya, jika anda gantung baju di dinding, dan anda ada 50 helai baju untuk dipotretkan, pastikan kedudukan jarak kamera kekal sama.
Harap tip kali ini membantu sedikit sebanyak sesiapa yang nak berniaga di internet. Yang dah pro tu, sudi-sudilah tambah tip jika ada :)
lawati instagram sy : jtx_shop & kedai_murah_dot_com

Saturday, 3 January 2015

Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Semasa Tidur

Tajuk blogpost ni sebenarnya tidak semudah yang disangka. Ianya sukar dan memakan masa berbulan-bulan untuk permulaan, iaitu sebelum anda berjaya buat duit semasa tidur. Serius, ini bukan sekadar buat duit di internet, tapi, bila bangun dari tidur anda akan dapat email notifikasi jualan, komisyen, permintaan sebut harga dan seumpamanya. Ini semua hanya dari blogging dan bukan jual barang di Facebook atau e-commerce store.
Tak tipu, bukan main-main. Walaupun saya bukanlah jutawan, tapi kan seronok bekerja hanya dari rumah :) Hehe Tapi anda kena tahu, waktu tidur saya tidak menentu. Ada kala saya tidur waktu siang, kadang-kadang je tidur waktu malam. Tak kisahlah, yang penting memang buat duit semasa tidur – dan mungkin ia pendapatan berulang-ulang. Bukan one-off income sebaliknya lifetime income.
buat duit semasa tidur
Sound too good to be true, tapi hakikatnya, orang yang faham tentang buat duit dengan affiliate, search engine optimization (SEO) dan niche market akan percaya tentang ini.

Niche website dengan Amazon Associates

Ini merupakan bisnes affiliate paling popular. Saya tidak tahu ramai atau tidak orang Malaysia yang berjaya buat duit denganAmazon Associate, tapi kalau dengan Clickbank memang saya percaya ramai yang berjaya. Selagi website niche market anda duduk di ranking yang bagus, dan jika produk itu produk yang perlu digunakan selalu, saya percaya anda akan dapat duit dengan mudah melalui program ini.

Membership, Subscription Website

Jika anda pandai promosi affiliate kepada servis berasaskan subscription atau langganan, membership dan seumpamanya, dah tentu anda akan dapat income berulang-ulang. Percayalah, jika Malaysiakini, Berita Harian, NST dan seumpamanya ada program affiliate untuk membership, anda akan dapat duit tiap-tiap bulan bagi sesiapa yang langgan Malaysiakini, Berita Harian dari link anda.
Kebiasaannya, website template seperti Genesis (sekadar contoh) mengenakan caj bulanan kepada developer template, selain yuran bulanan membership untuk download template. Jika anda ada blog dalam niche tersebut, seriusli, anda akan dapat buat duit semasa tidur. Anda mungkin fikir, “ada ke orang nak beli tempate blog/website?” Jawapan saya, ada! Saya sendiri pernah melanggan di Genesis, MayaShop, ElegantThemes dan Themeforest.

Buat Duit Dengan Affiliate Domain Name, Hosting

Saya baru beberapa kali membeli expired domains di Godaddy.com melalui affiliate link seorang rakan blogger lain. Domain name ialah produk yang mana fee dibayar setiap tahun. Jadi, setiap kali saya renew domain-domain name yang dibeli di Godaddy, maka setiap kalilah blogger tersebut akan dapat komisyen.
Selain Godaddy, saya gunakanInternet Webhosting untuk hos kesemua laman web saya dan pelanggan saya. Sepertimana saya beli domain di Godaddy, saya juga beli hosting ini melalui link dari blog lain. Setiap kali saya renew hosting (tiap tahun kena renew), maka beliau akan dapat komisyen. Hosting ini, dah saya guna sejak tahun 2008 lagi. Maksudnya, dah 6 tahun beliau terima komisyen dari belian saya. Semuanya hasil dari blogging. Kan kan, untung tu.
Kalau tak percaya, cuba lah blogging dalam niche tertentu, letak umpan, tulis blog dengan baik khusus dalam niche tersebut, dan lihat hasilnya dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 bulan. Kalau nak cepat, anda kena berguru dengan mentor affiliate nombor 1 Malaysia, iaitu melaluibuku SEO khusus untuk affiliate. Beliau ialah pemilik blog Ohcikgu.com, AhmadFaizal.com, Earncent.com dan pelbagai lagi.