Jika anda dah cuba bermacam cara untuk mula menjual di internet tapi masih tak berjaya juga untuk buat apa-apa jualan, mungkin anda boleh cuba guna tip di bawah pula. Saya kongsikan 25 cara yang memang boleh membantu anda buat promosi bagi produk anda di internet.
1) Hantar sampel
Sebab pertama yang menggerakkan saya menjadi pengguna mineral coffee ialah kerana saya terima sampel yang saya dapat dari fanpage mineral coffee. Sehingga kini, saya kekal menggunakan mineral coffee. Jika saya tak dapat sampel tersebut, mungkin saya masih lagi menggunakan jenama x. Begitu juga dengan berus gigi yang halus dan sangat selesa digunakan, betul-betul buat gigi saya bersih tanpa perlu berus lama-lama. Itu pun hasil dari sampel dari Systema yang saya terima tahun sudah. Sehingga sekarang, saya masih menggunakan jenama berus gigi dari Systema.
2) Mulakan tulis blog
Blog sekarang bukan macam blog zaman dahulu. Ia kini digunakan sebagai salah satu cara untuk kenali dan buat engagement dengan bakal pelanggan, selain berfungsi sebagai medium perhubungan pelanggan. Anda pernah baca blog Kicap Jalen? Blog lain-lain pun dah banyak sekarang ni. ]
3) Bina senarai email
Melalui senarai email yang anda ada, bolehlah anda hantarkan email mengandungi voucher atau kupon diskaun. Siapa tak suka voucher? Semua ornag suka voucher. Saya sendiri kalau ada voucher Tesco tu, laju je saya pergi Tesco. Sama juga dengan voucher online, ia akan menggerakkan penerima voucher untuk melawat online store anda.
4) Bagi hadiah atau sponsor event
Dalam dunia internet terutamanya blogging, ada ramai sangat blogger samada baru atau professional yang akan buat giveaway untuk pembaca setia mereka. Blog travel akan bagi hadiah dari trip dia, blog lifestyle akan bagi hadiah seperti baju, shawl dan seumpamanya. Jadi, luangkan masa anda untuk cari blogger-blogger yang nak buat giveaway, dan sponsor hadiah. Lagipun, kan dalam Islam digalakkan kita bersedekah. 1 kita bagi, 10 tuhan balas kat kita.
5) Interview orang paling femes dalam industri
Anda dah ada blog kan? Lihat tip nombor 2. Bila ada blog, anda kena buat artikel. Dari situ, cari orang paling femes dalam industri anda. Contohnya, anda nak jual kek online. Kemudian, carilah Wahdi Farhad yang buat kek comel tu, gih interview dia dan masukkan dalam blog. Apa anda dapat dari ini? Anda akan dapat belajar dari orang yang dah berjaya, dan anda akan dapat pengaruh dengan blog anda. Maklumlah, interview orang femes ni bukan calang-calang blogger boleh buat. Hanya blogger yang berani sahaja boleh buat begitu.
6) Upah blogger untuk tulis review
Paid review memang senang nak dibuat di internet. Jika anda dalam bisnes pelancongan, carilah Malaysian travel bloggersuntuk tulis tentang bisnes anda. Mereka selalunya sudah ada audience (pembaca tetap blog mereka). Anda upah mereka dan mereka promote bisnes anda.
7) Guna Google Adwords
Sesiapa sahaja yang buat carian di Google selalunya mereka yang sudah siap sedia dengan duit di tangan, cuma tunggu untuk bayar sahaja. Mereka ini merupakan golongan yang akan membayar bagi servis atau produk anda. Untuk buat bisnes anda disenaraikan di Google search result, gunalah Google Adwords. Dengan sedikit bayaran, bisnes anda akan lebih cepat dijumpai oleh prospek.
8) Jual secara borong kepada retailers lain
Ini dipanggil Bisnes 2 bisnes (B2B). Yang ni untung anda sedikit, tapi anda buat untung berdasarkan volume. Lagi banyak dijual kepada penjual kecil-kecilan, lagi banyak untung anda. Untuk jadikan tip ini lebih efisien, anda perlu mempunyai stok yang mampu dijual dengan harga murah. Apa anda kena buat ialah, cuba dekati penjual-penjual sedia ada di internet ni dan tawarkan mereka dengan produk anda.
9) Buat survey
Jika cara-cara di atas masih tak berjaya, anda kena kenal pasti punca. Jadi, kena buat survey kenapa produk anda tak laku dijual. Tanya orang kenapa tak nak beli produk anda. Hodoh sangat kah? Mahal sangat kah? Barang tak berguna kah? Dari situ, buat perubahan yang perlu.
10) Buat contest atau giveaway sendiri
Bulan sudah Malaysia Airlines sibuk dengan contest selfie kan? Saya sendiri join dengan hantar dua penyertaan. Jika menang, dapat melancong ke Paris. Haha Jika tak menang pun tak apa. Join for fun. Tapi, point saya di sini ialah ramai orang suka join contest. Anda juga boleh buat contest. Walaupun hadiahnya bukan tiket penerbangan ke Paris, anda boleh beri hadiah murah-murah berupa wang tunai beberapa ratus ringgit. Contest sekarang lebih senang dibuat di Facebook, Instagram dan seumpamanya berbanding surat khabar. Ada akan dapat banyak LIKES 
11) Buat akaun Instagram
Dalam usaha kita nak mendekati masyarakat yang lebih gemarkan gajet dari nasi ni, kita juga kena jadi macam mereka. Instagram dimiliki oleh Facebook. Dengan authorize apps Instagram, kebanyakan gambar yang di LIKE di Instagram akan juga keluar di Facebook. Bermaksud, jika anda upload gambar di Instagram, anda akan dapat capai dua kelompok audience iaitu Instagrammers dan Facebookers. 2 in 1. Di gambar yang anda upload tu, jangan lupa letak nombor telefon, email dan seumpamanya. Senang sikit orang nak contact anda.
12) Buat Infographic
Ini saya belum pernah cuba, tapi saya tengok ramai betul orang suka share infographic.
13) Design online store yang mesra pengguna
Anda tengok Ebay, Lazada,Telekung.com.my. Semua online store tu senang digunakan dan ada panduan yang memudahkan prospek membeli di laman-laman web tersebut. Mudahkan bakal pembeli supaya mereka selesa shopping di online store anda. Jangan sibukkan hiasan laman web online store anda dengan pelbagai banners, text ads yang tak berkaitan. Hanya fokus kepada produk anda sahaja. Begitu juga dengan ruangan checkout page. Buat checkout page seringkas yang boleh, jangan ganggu pelanggan anda dengan iklan atau banner yang bukan-bukan. Ini penting supaya proses dia buat bayaran itu cepat
Bukan apa, kalau ada banner iklan di ruangan checkout, nanti kang dia klik banner tu terus tinggalkan laman web anda. Kan rugi tu.
Ok, cukup dulu perkongsian kali ini. Ada masa lain, saya kongsikan tip bisnes onlien yang lain pula.
No comments:
Post a Comment