Wednesday, 7 January 2015

Cara Jual Barang di Facebook dan Buat Bisnes Hura Hara

Sekarang ni memang dah jadi trend di kalangan orang Malaysia menggunakan Facebook untuk jual barang. Hakikatnya Facebook bukanlah e-commerce store, tapi rata-rata di wall Facebook kita dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan yang kadang-kadang boleh sakit mata. Lagi sakit mata bila ada friend kita yang update iklan 10 kali sehari, atau selang 30 minit. Itu spam sebenarnya. Pengiklanan macam tu lah yang rata-rata penjual di Facebook duk buat. Promosi yang tidak bijak, saya sendiri dah remove ramai senarai rakan Facebook kerana tidak tahan dengan update iklan melampau-lampau.
Cara berniaga di FacebookFacebook ialah tempat bersosial. Macam kedai kopi, anda pergi kedai kopi untuk lepak dengan kawan-kawan dan makan. Jika atas meja tu kebetulan ada pisang, kueh mueh, kek, lidah kucingmacarons dan sebagainya… anda makan jika anda terliur. Niat sebenar ke kedai kopi tadi bukan nak makan kueh mueh tadi pun. Tapi jika penjual duk tenyeh makanan sebegitu ke mulut anda, sah-sah anda tak pergi lagi ke kedai tu kan? Di sini, anda perlu bijak dalam menukar mereka yang masuk ke kedai makan untuk minum kopi sambil lepak dengan kawan, kepada mereka yang nak makan besar. Atau, tukar orang yang masuk ke Facebook untuk chat atau lihat update rakan mereka, tukar supaya mereka teruja dengan update produk anda.
Anda kena pandai buat umpan, bukan sekadar update status bergambar dan letakkan harga sahaja. Kena ada teknik dan skill supaya orang yang lihat update anda > klik iklan anda. Skill macam nilah buatkan friends tidak cemuh dengan iklan anda. Iklan yang mampu membuat orang teruja nak beli produk anda.
Macam mana? Itu kena belajar dan dapatkan nasihat niaga dari yang pakar lah.

Facebook Marketplace

Sebenarnya Facebook adaFacebook Marketplace yang berfungsi seperti Mudah.My di mana pengguna menyenaraikan barang untuk dijual. Tapi orang Malaysia tak boleh guna kerana ia lebih khusus untuk akaun Facebook dari Amerika Syarikat. Lagipun, pada pandangan saya, antaramuka (interface) Facebook Marketplace tidaklah begitu mesra pengguna. Overall memang susah lah nak buat duitdengan menjual di situ. Cari alternatif lain jika nak berniaga di Facebook.

Guna Facebook Advertisement (FB ads)

Ini memang cara yang majoriti peniaga bijak guna. Langkah ini sangat berkesan untuk jual barang di Facebook. Iklan anda akan keluar bergantung kepada bagaimana anda optimize iklan tersebut. Contohnya, jika anda jual jubah atau abaya, setkan target iklan kepada golongan wanita dan muslim sahaja. Jika pasaran anda hanya untuk orang Malaysia, set demographic kepada Malaysia sahaja. Dengan ini, iklan anda akan lebih senang sampai kepada target market anda. Maka, tidaklah iklan jubah atau abaya keluar di wall lelaki, bukan muslim dan seumpamanya.
TAPI, beriklan menggunakan Facebook Ads memerlukan duit, ia tidak percuma seperti kita pos secara biasa di wall Facebook. Pembayaran pula mudah je, kalau anda ada kad bank seperti kad debit atau kredit berlogo visa dan seumpamanya, bermaksud anda boleh beriklan di Facebook.
Kos iklan pula bergantung kepada kepandaian anda. Yang ni kena belajar, anda kena pandai set iklan jadi kos pengiklanan anda boleh dikurangkan sehingga RM0.01 sen berbanding kos bid biasa yang mungkin kadarnya lebih mahal. Nak tahu teknik-teknik iklan di Facebook, anda kena dapatkan Nasihat Niaga.
Saya jamin, bila anda dah pandai guna Facebook ads ni, bisnes anda akan jadi huru hara. Anda mungkin perlu berhenti kerja (kalau buat bisnes sambilan), atau kena cari pekerja, atau kena tambah pekerja.

Guna Facebook E-Commerce Apps

Sepertimana WordPress ada sistem e-commerce menggunakan Woocommece, atau Magenta sebagai platform perniagaan, Facebook juga boleh menggunakan sistem e-commerce di Fanpage. Anda cuma kena dapatkan applikasi e-commerce kemudian install di Fanpage anda. Sama sepertiwebsite e-commerce lain (contohnya Telekung Online),cuma Facebook E-Commerce Apps ni dipasang di Fanpage.
Setakat ini dahulu perkongsian saya tentang nasihat niaga di Facebook. InsyaAllah, ada luang masa saya akan tulis dalam ruangan yang lain. Untuk penerangan panjang lebar dan tip-tip rahsia dari otai internet marketer di Facebook, saya sarankan anda baca panduan yang ditulis oleh Faisal Abdullah. Sudah tentu anda akan dapat belajar dengan banyak dari beliau.

No comments:

Post a Comment